Salam sejahtera,

Keselamatan sosial ialah konsep perlindungan yang diwujudkan oleh masyarakat secara umumnya bagi melindungi ahli-ahli masyarakat daripada kejadian luar jangka yang menyebabkan kekurangan atau kehilangan pendapatan.

PERKESO mentadbir dan melaksanakan dua jenis skim yang dikenali Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa pergi-balik kerja yang berkaitan dengan pekerjaan. Skim Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.